|
Below are few highlights of selected press and news coverage about Business.Com.My
Bernama (Ekonomi), 09 May 2006
Business.Com.My Sedia Perangkaian Bagi Masyarakat Perniagaan Malaysia
Ekonomi
09 Mei, 2006 16:19 PM
Business.Com.My Sedia Perangkaian Bagi Masyarakat Perniagaan Malaysia
Oleh Zuraida Abdul Rahman
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Syarikat dan masyarakat perniagaan Malaysia kini mempunyai saluran baru untuk mengadakan perangkaian dengan pelancaran portal perniagaan, Business.Com.My.
Portal yang dikendalikan oleh Inneta Corporation Sdn Bhd itu akan membantu syarikat-syarikat Malaysia, khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mencari peluang-peluang perniagaan.
"Portal itu bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat dan perniagaan tempatan malah juga membantu pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia juga menyediakan platform bagi pemadanan perniagaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Inneta, Celvin Tan, kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Inneta, syarikat berpangkalan di Pulau Pinang yang mempunyai kepakaran dalam menambah baik dan memperkemaskan keperluan perniagaan organisasi, telah dianugerahkan taraf Koridor Raya Multimedia oleh kerajaan dan dilantik oleh Pusat Maklumat Rangkaian Malaysia untuk mengendalikan pendaftaran nama domain Malaysia bagi pihaknya.
Tan berkata Business.Com.My mengendalikan satu daripada pasaran elektronik terbesar di dunia bagi perdagangan domestik dan juga antarabangsa.
"Kami telah mencipta rangka kerja e-Niaga inovatif untuk mempercepatkan penyepaduan rantaian penawaran dan permintaan syarikat. Pelanggan, pembekal dan pengedar boleh bekerjasama tanpa batasan dalam pasaran elektronik ini," katanya.
Beliau berkata pengguna portal baru akan dikenakan yuran langganan tahunan istimewa dan menikmati perkhidmatan modulnya seperti e-Direktori, e-Dagang, e-Stor, e-Pekerjaan, e-Kewangan, e-Berita dan e-Alat.
Kata Tan Business.Com.My komited terhadap penyampaian perkhidmatan berkualiti dan teknologi maju kepada pengguna.
"Saya percaya Business.Com.My akan menjadi pemangkin dalam mengubah perniagaan Malaysia menjadi organisasi bertaraf dunia yang berdaya saing di peringkat global," katanya.
Mereka yang berminat boleh melayari http://www.business.com.my atau menghantar e-mel kepada sales@business.com.my atau hubungi 04-6306888 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
-- BERNAMA
|