|
Below are few highlights of selected press and news coverage about Business.Com.My
Berita Harian, 12 May 2006
Gerbang Perniagaan Bantu Syarikat Malaysia Berkembang
Komputer
Gerbang perniagaan bantu syarikat Malaysia berkembang
SYARIKAT dan masyarakat perniagaan Malaysia kini mempunyai saluran baru untuk mengadakan perangkaian dengan pelancaran gerbang perniagaan, Business.com.my yang dikendalikan Inneta Corporation Sdn Bhd.
Kemudahan itu bagi membantu syarikat Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerokai peluang perniagaan.
Ketua Eksekutif Inneta, Celvin Tan, berkata gerbang itu bukan saja memberi manfaat kepada syarikat dan perniagaan tempatan, malah membantu pelabur asing menjalankan perniagaan di Malaysia serta menyediakan platform bagi pemadanan perniagaan.
Inneta yang berpangkalan di Pulau Pinang dan mempunyai kepakaran dalam menambah baik serta memperkemaskan keperluan perniagaan organisasi, dianugerahkan taraf Koridor Raya Multimedia dan dilantik sebagai Pusat Maklumat Rangkaian Malaysia untuk mengendalikan pendaftaran nama domain Malaysia bagi pihak kerajaan.
Tan berkata, Business.com.my mengendalikan satu daripada pasaran elektronik terbesar di dunia bagi perdagangan domestik dan juga antarabangsa.
Katanya, Inneta itu mencipta rangka kerja e-Niaga inovatif untuk mempercepatkan penyepaduan rantaian penawaran dan permintaan syarikat.
“Pembekal dan pengedar boleh bekerjasama tanpa batasan dalam pasaran elektronik ini,” katanya di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengguna gerbang baru akan dikenakan yuran langganan tahunan istimewa dan menikmati perkhidmatan modulnya seperti e-Direktori, e-Dagang, e-Stor, e-Pekerjaan, e-Kewangan, e-Berita dan e-Alat.
Tan berkata, Business.com.my komited terhadap penyampaian perkhidmatan berkualiti dan teknologi maju kepada pengguna.
“Saya percaya Business.com.my akan menjadi pemangkin dalam mengubah perniagaan Malaysia menjadi organisasi bertaraf dunia yang berdaya saing di peringkat global,” katanya.
|